Kehidupan awal Joel Soh

Joel dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan dibesarkan Puchong, Selangor. Beliau berpindah ke Selangor pada 2005, berumur 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni dan Warisan Kebudayaan Kebangsaan, di mana dia pelajar perfileman dalam tempoh yang singkat. Dia kemudian berpindah ke Universiti Taylor untuk belajar Cambridge A-Level. Selepas menerima biasiswa daripada Astro, beliau berpindah ke Boston, Massachusetts untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam penerbitan filem dan video di Emerson College selama tiga tahun.

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menyertai Astro Shaw dan Tayangan Unggul sebagai penerbit bersekutu dan eksekutif produksi sebagai sebahagian daripada program biasiswa itu.